PUTRAJAYA: Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan benzoil peroksida sebagai bahan penyesuai makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/kilogram (mg/kg).
"Suruhanjaya Codex Alimentarius (CAC) iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Program Standard Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 60 mg/kg.
"Dalam hal ini, penggunaan benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu di Malaysia dan luar negara oleh badan penilai antarabangsa iaitu Jawatankuasa Pakar Mengenai Bahan Tambah Makanan (JECFA)," menurut kenyataan itu
Menurut KKM, pihaknya mengambil maklum isu yang ditularkan semula di media sosial berkaitan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum yang didakwa boleh menjejaskan kesihatan.
Perkara tersebut menurut kementerian itu telah dijelaskan dalam dua kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini iaitu pada 2012 dan 2017 bagi mengelakkan kekeliruan awam.
Kenyataan itu turut menyebut KKM sentiasa bersedia dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperi Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.
KKM juga sentiasa melaksanakan pemantauan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran bagi memastikan kandungan benzoil peroksida dalam kadar yang dibenarkan.
"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.
"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah, jabatan kesihatan negeri terdekat atau melayari laman sesawang serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan," menurut KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
KKM mengambil maklum isu yang ditularkan semula di media sosial berkaitan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum yang didakwa boleh menjejaskan kesihatan. - Gambar hiasan/Pixabay
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Inginkan roti jala yang cantik? Ini tip untuk pastikan bancuhan likat
Untuk pastikan adunan roti jala cukup likat untuk dijalakan dan hasilnya menjadi, boleh lihat lubang lusaran waktu kisar bancuhan.
20 keluarga di kampung terpencil Lahad Datu terima bantuan makanan Maritim Malaysia
Penduduk di kawasan kampung tersebut sukar untuk mendapatkan bekalan makanan memandangkan kedudukan kampung di kawasan pedalaman.
KPDNHEP Sarawak diminta pastikan bekalan makanan mencukupi
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata stok barangan penting seperti beras, gula, minyak masak dan tepung perlu cukup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
COVID-19: Rakyat Britain 'pulun' buat roti, kilang tepung terima tempahan mendadak
Carian untuk resipi membuat roti semakin meningkat, dengan capaian video tentang cara pembuatan roti naik hampir 700 peratus dalam dua minggu yang lalu.
KPDNHEP akan siasat jika wujud kes salah guna AP tepung, gula
KPDNHEP akan menjalankan siasatan jika terdapat laporan kes salah guna Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport produk tepung dan gula.
Harga lima barangan keperluan asas kekal sekiranya BN terus mentadbir
Kerajaan Barisan Nasional memberi jaminan harga lima barangan keperluan asas tidak akan dinaikkan sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengeluar, pengilang tepung dan gula beri jaminan tidak akan naik harga - Hasan
Datuk Hasan Malek berkata pengeluar dan pengilang turut berjanji bahawa bekalan tepung dan gula mencukupi bagi menampung keperluan orang ramai.